Set Your Price. Choose your Advertisers. Sign up for SocialSpark!

Wednesday, October 19, 2011

Belanja Berjuta-juta Demi Angkut Batu 340Tan

Belanja RM32.06 juta angkut batu 340 tan LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Muzium Seni Los Angeles yang membelanjakan sehingga AS$10 juta (RM32.06 juta) untuk membawa sebuah bongkah batu ke sebuah bangunannya di pusat bandar ini. Bongkah batu seberat 340 tan itu akan dijadikan karya hasil seni oleh artis terkenal AS, Michael Heizer dalam pameran yang dikenali sebagai Levitated Mass. Ia diangkut dari kuari Stone Valley dekat sini oleh sebuah kenderaan pengangkut yang mempunyai 196 tayar yang mampu membawa berat muatan 450,000 kilogram. Seramai 60 orang termasuk pemandu, juruarah dan anggota polis terbabit dalam usaha memindahkan bongkah...

Anda Kenal Siapa ORANG KUNING DiGi? Kami Bocorkan Rahsianya!

Anda kenal dengan lelaki kuning nih? Bagi pengguna Digi, ini muka familiar .. kan kan? Bagi yang lain2 sure dah kenal ... dialah Yellow Man ... tapi siapakah di sebalik karektor penuh lucu ini? Karektor inilah yang bergandingan dengan Lisa Surihani dalam sebuah filem 'Papa, I Love You' terbitan Metrowealth (MIG). Mereka akan bercinta dalam filem ini dan bakal bersama dengan 'pasangan bercinta' ini adalah pelakon cilik yang cukup comel - Mia Sara. PAPA I LOVE YOU Utusan Melayu (M) Bhd Ok, inilah si cute bernama Zalif Sidek .... hero filem 'Papa, I Love You' yang bakal menjadi pasangan Lisa Surihani.... Barisan pelakon Papa, I Love You...

Saturday, October 15, 2011

[Cerita] Mana Mak?

MANA MAK ..... " Before baca, sila sediakan Tisu"Mana Mak?' Jam 6.30 petang. Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama. Ayah baru balik dari sawah. Ayah tanya Mak, “Along mana?’ Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.” Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?” Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.” Ayah tanya Mak, “Ateh mana?” Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?” Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?” Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom...

Betapa Berharganya Seorang Wanita

Ketika Tuhan menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,”Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Tuhan???”Tuhan menjawab,”Sudahkah engkau melihat setiap detail yang telah aku ciptakan untuk wanita?” Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan”.Malaikat menjawab dan takjub,”Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!Tuhan menjawab,”Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari”.Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,”Tuhan, kenapa wanita...

Pelajar Perempuan Diraba Dalam Bas

SANDAKAN – Tindakan berani beberapa penumpang sebuah bas berjaya membawa kepada penangkapan seorang lelaki yang meraba seorang pelajar perempuan kolej swasta di dalam bas itu di sini semalam. Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan Supt Fadzil Mohd Ali berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 4 petang, ketika mangsa yang berusia 20 tahun menaiki sebuah bas dari Terminal Bas di Bandar Sandakan untuk pulang ke rumahnya di Kampung Gum-Gum di Batu 16. Menurutnya seorang penumpang lelaki kemudian duduk di sebelah mangsa dan ketika dalam perjalanan, lelaki itu membawa pelajar perempuan itu bercerita dan tiba-tiba memeluk dan merabanya. “Beberapa penumpang...

Gambar Aksi "mengesel" perempuan dalam bas

Siap adjust badan lagi mamat ni agar dapat mengenakan bahagian belakang perempuan tu. Elok jer pulak lurus badan mamat ni kalau tak der perempuan! Dasar lu… jantan gila se...

[JENAYAH] Gadis-Gadis Gangster

KUALA LUMPUR: Dosanya amat kecil – melemparkan senyuman ke arah sekumpulan gadis, namun hukuman diterima seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun terlalu berat apabila dia dibelasah sehingga bengkak bibir dan bernanah telinga. Dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Jalan Jelatek di sini, pada jam 5.30 petang 7 Oktober lalu, mangsa yang berada di rumah neneknya dihubungi seorang rakan yang mengajaknya bertemu di tingkat 16 pangsapuri berkenaan. Menurut sumber, mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa memenuhi pelawaan rakan berkenaan dan sebaik tiba di tempat dijanjikan, pelajar tingkatan tiga itu terkejut apabila mendapati 10 remaja perempuan...

Anak telah ditemui melalui facebook

KANGAR: “Nasib baik saya simpan kata laluan facebook milik Nurul Nursyawatie, memudahkan saya dan suami mengesannya berdasarkan maklumat rakan anak perempuan saya dalam laman sembang terbabit,” kata Norhafiza Nordin, 37, yang bersyukur dapat menemui semula anak sulungnya yang hilang dua hari lalu. Berdasarkan maklumat daripada facebook itu, Nurul Nursyawatie Mohd Sabri, 14, ditemui semula ketika bersiar-siar bersama rakannya di pasar malam di Sungai Batu, Teluk Kumbar, Pulau Pinang, kira-kira jam 9 malam kelmarin selepas 36 jam dilaporkan hilang. “Ketika berjumpa hati saya cukup gementar dan mengalir air mata kerana tidak dapat menahan sebak...

[JENAYAH] Bayi dalam pam tandas

CHUKAI: Gelagat pelik seorang wanita selepas keluar dari tandas yang disedari rakan sebiliknya membawa kepada penemuan seorang bayi baru lahir dan disorokkan dalam pam tandas di sebuah rumah sewa di bandar ini, jam 4 pagi, semalam. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat berkata, bayi lelaki seberat dua kilogram itu ditemui masih hidup tetapi dalam keadaan kebiru-biruan dan lemah dipercayai akibat terlalu lama berada dalam tangki itu. Menurutnya, ketika ditemui bayi itu masih bertali pusat dan mengalami sedikit kecederaan pada badan. “Polis menahan seorang wanita berusia 23 tahun di wad Hospital Kemaman yang dipercayai...

[GAMBAR] Remaja Melayu Sambut Harijadi Dengan Arak

Admin mendapat 1 email yang disertakan sekali sekeping gambar di mana dinyatakan di dalam gambar itu adalah remaja melayu, ape yang menarik perhatian admin adalah gadis tersebut yang bertudung tetapi menemani rakannya menyambut birthday dengan sebotol arak.. adakah ini realiti atau perbuatan sesetengah pihak untuk menjatuhkan imej remaja melayu...

Tuah Remaja Tipu Hamil

SEATTLE, Amerika Syarikat (AS) - Menipu bahawa dirinya hamil untuk satu projek sekolah membawa keuntungan berterusan kepada seorang remaja AS, Gaby Rodriguez.Berasal dari Washington, Rodriguez mendedahkan mengenai penipuannya pada sesi perhimpunan sekolah, April lalu semasa dia berusia 17 tahun.Menurut Rodriguez, dia bertindak demikian untuk melihat reaksi masyarakat berhubung kehamilan dalam kalangan remaja.Projek tersebut menaikkan nama Rodriguez sehingga dia menjadi tajuk utama media antarabangsa, selain berpeluang muncul dalam rancangan bual bicara beberapa stesen televisyen.Kini, dia turut ditawarkan kontrak filem dan buku. Peguamnya, Anne...

Kereta Termurah Mahal Di Bangladesh

DHAKA – Kereta buatan India, Tata Nano yang dilabel sebagai kereta termurah di dunia mula dijual di Bangladesh hari ini.Namun, kereta kompak itu dijual pada harga hampir tiga gali ganda lebih mahal berbanding harga jualan di India.Pengarah syarikat Nitol Motors yang merupakan pengedar tunggal Tata Nano di Bangladesh, Abdul Matlub Ahmad berkata, harga model asas Tata Nano di negara itu ialah AS$7,900 (RM24,707) kerana cukai import yang dikenakan oleh pemerintah.Sedangkan di India, model sama cuma berharga sekitar AS$2,870 (RM8,975).Tata Nano dianggap kereta yang amat ekonomi kerana menggunakan hanya satu liter minyak untuk perjalanan sejauh 25...

Tukar Google.Com.My Ke Google.Com

Setiap kali kita membuka carian enjin Google, secara automatiknya laman berkenaan akan terus ke Google Malaysia iaitu url www.google.com.my, dimana cariannya akan mendahulukan laman-laman dan carian di Malaysia, jika anda ingin mengubah carian enjin terus pada Google global, masukkan url www.google.com/ncr seterusnya enter dan kemudian internet browser anda akan terus membuka laman www.google.com. tidak perlu lakukan setiap kali membuka internet browser. Oleh : MISTA VI...

Friday, October 14, 2011

Penangan anak luar nikah, 3 kali ditolak pinangan keluarga calon isteri

SEBAK...Mohamad terkilan sering dihina. TAIPING: “Tiga kali pinangan ditolak selepas keluarga calon isteri mendapat tahu status saya anak luar nikah atau anak tong sampah,” ujar seorang nelayan, Mohamad Abdullah, 35, dengan nada sedih. Kebanyakan keluarga teman wanitanya menolak lamaran dengan alasan sinis tidak mahu keturunan atau cucu mereka nanti mewarisi darah daging anak zina. Menurutnya dia tidak dapat menerima hakikat masih ramai masyarakat berpandangan sempit terhadap golongan sepertinya yang menjadi mangsa dosa silam kedua-dua orang tua. “Saya tidak pernah minta dilahirkan sebagai anak haram, ibu yang berzina tapi hidup saya seolah-olah...

Perut wanita yang buncit ini telah selamatkan nyawanya

Seorang wanita berasal dari Florida mengatakan bahawa perutnya yang buncit telah menyelamatkan nyawanya. Kejadian itu berlaku ketika, Samantha Lynn Frazier, memasuki bar Herman's Place di Atlantic City. Wanita berusia 35 tahun itu, mendengar bunyi letupan sebanyak dua kali, ketika dia akan memasuki bar tersebut. Kemudian wanita itu merasakan sakit dan terkejut ketika melihat darah ketika dia memegang perut kirinya. Pihak polis Atlantic City mengatakan, Frazier tidak bersalah dan ia hanya kebetulan saja berada di tempat yang salah. Detektif Letnan Charles Love mengatakan, tembakan tersebut diarahkan kepada seorang lelaki yang terlebih dahulu...

Pages 381234 »
Connect With Advertisers - Sign up for SocialSpark! Set Your Price. Choose your Advertisers. Sign up for SocialSpark! You blog. You Profit. Sign up for SocialSpark! Set Your Price. Choose your Advertisers. Sign up for SocialSpark!
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms