Artikel dari KenaHack.com
Jika sebelum ini KH ada menulis bagaimana Jack Sparrow Rilekscrew menceroboh laman sosial AG HotFM , mungkin masih ramai yang belum mengambil iktibar. Suka KH katakan , semakin popular seseorang itu , maka risiko untuk menjadi mangsa godaman ialah tinggi. Ini kerana aktiviti pencerobohan oleh "budak nakal" ini dilakukan untuk populariti disamping menyampaikan mesej akan perihal kepentingan keselamatan alam siber.
KH difahamkan semua pencerobohan laman sosial ini dimulakan dengan perampasan akaun emel seterusnya melakukan pemeriksaan akaun lain yang menggunakan akaun itu. Jika akaun emel yang diceroboh menjadi akaun altenate emel lain yang lebih penting ianya turut menjurus kpd pencerobohan yang lebih serius. Kebanyakkan maklumat "orang penting" boleh dicari dengan mudah , JADI JANGANLAH MENGGUNAKAN SOALAN RESET YANG JAWAPANNYA SANGAT UMUM ! . Contohnya tarikh lahir , tempat lahir , nama ibu , nama bapa dll , ianya begitu berisiko!
KH bukan nak membela sesiapa atau menyalahkan sesiapa , KH harap hal ini diambil berat supaya tiada lagi pencerobohan laman sosial yang merugikan mangsa sendiri. Biarlah tiada aktiviti godaman ( hacking ) sehinggakan KH tidak tahu nak menulis artikel apa , ianya lebih baik kerana itulah matlamat utama KH dicipta. Tutorial hacking sering kali ditulis bagi menyebarkan maklumat bagaimana ianya dilakukan , jadi KH harap pembaca tutorial itu bukan lah pemangsa , tetapi bakal mangsa yang berusaha menyelamatkan dirinya.
Sekali lagi KH harap pihak HotFM dan semua manusia yang membaca artikel ini dapat menjaga keselamatan maklumat mereka dialam siber.
0 comments:
Post a Comment