Set Your Price. Choose your Advertisers. Sign up for SocialSpark!

Tuesday, October 11, 2011

Bob Lokman Ditahan

Bob Lokman Ditahan
SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengesahkan membuat tangkapan terhadap selebriti yang juga pelakon dan penulis lirik, Bob Lokman kerana mengadakan ceramah tanpa tauliah di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat, kelmarin.

Pengarah Jais, Marzuki Hussin, berkata Bob Lokman atau nama sebenarnya, Muhammad Hakim Lokman, 47, tidak memiliki tauliah dan tidak pernah memohon daripada Jais untuk memberikan ceramah kepada umum.

“Tangkapan dibuat berdasarkan maklumat awam. Bob Lokman ditahan mengikut Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Islam (Negeri Selangor) 2003,” katanya di sini, semalam.

Sementara itu, sumber Jais berkata selebriti itu bersama dua lagi iaitu Pengarah Pilihan Raya Pemuda Pas, Mohd Sany Hamzan dan nazir masjid berkenaan ditahan Jais ketika berucap selepas solat Maghrib di hadapan 70 jemaah.

Katanya, mereka dibawa ke balai polis berhampiran sebelum dilepaskan atas jaminan polis.

Bagaimanapun, katanya, Bob Lokman dan dua lagi rakannya gagal hadir di Ibu Pejabat Jais di sini, sebelum tengah hari semalam, walaupun diminta berbuat demikian.- myMetro
"Dulu waktu aku jahat, korang buat tak tahu jer... sekarang bila aku nak jadi baik dan nak ajak orang buat baik, korang tahan-tahan aku pulak... jadi kalau korang nak tangok aku jadik jahat balik korang datang dekat sini, biar aku tunjukkan". kata-kata Bob Lokman

0 comments:

Post a Comment

Connect With Advertisers - Sign up for SocialSpark! Set Your Price. Choose your Advertisers. Sign up for SocialSpark! You blog. You Profit. Sign up for SocialSpark! Set Your Price. Choose your Advertisers. Sign up for SocialSpark!
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms