Set Your Price. Choose your Advertisers. Sign up for SocialSpark!

Tuesday, October 11, 2011

Kini telah wujud mesin pembuat pizza dalam masa hanya 90 saat !

Dominoes berjanji penghantaran pizza mereka akan tersedia di hadapan pintu rumah anda dalam masa 30 minit atau kurang dari itu.


Tetapi usahawan New York teah menemui satu cara untuk menyampaikan pizza ke tangan anda dalam masa hanya 90 saat!. Dengan mewujudkan sebuah mesin pizza berkonsepkan layan diri.

Mesin pizza automatik menyampaikan pizza panas yang baru dimasak dalam hanya menekan satu butang sahaja. Bukan itu sahaja, anda juga boleh menonton bagaimana pizza dimasak betul-betul di hadapan mata anda seperti restoran pizza yang sebenar tetapi tanpa chef.


Pelanggan mempunyai pilihan untuk memilih pizza putih, keju atau peperoni bergantung citarasa mereka. Apabila mereka membuat pilihan mereka, mereka boleh menonton bagaimana mesin itu menghasilkan pizza dari seketul doh segar menjadi sebuah pai bersaiz lapan inci.


Pencipta mesin pizza layan diri itu merupakan kreativiti usahawan Puzant Khatchadourian yang telah bekerja mencipta prototaip selama hampir 20 tahun.


Pizza itu mengambil masa daripada 90 saat hingga tiga setengah minit untuk proses membakar bergantung kepada berapa banyak yang dipesan dan dalam masa yang sama pelanggan boleh lihat proses pembuatan pizza melalui TV skrin rata bersaiz 32 inci.

Setelah pizza siap, ia diserahkan di dalam kotak tersendiri dengan disediakan sekali dengan pemotong pizza pakai buang, sapu tangan dan dua jenis rempah ratus. Mesin layan diri itu boleh menyimpan bahan-bahan yang cukup segar untuk 150 pizza yang disimpan dalam ruang yang tertutup dan peti sejuk.

Tiada apa-apa yang hanya sekadar dihangatkan dan tiada ketuhar gelombang mikro digunakan. New York Post melaporkan mereka masih dalam proses membina lima mesin ini untuk di uji di pasaran.

0 comments:

Post a Comment

Connect With Advertisers - Sign up for SocialSpark! Set Your Price. Choose your Advertisers. Sign up for SocialSpark! You blog. You Profit. Sign up for SocialSpark! Set Your Price. Choose your Advertisers. Sign up for SocialSpark!
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms