Set Your Price. Choose your Advertisers. Sign up for SocialSpark!

Wednesday, October 12, 2011

Wanita Maut Dilanggar Pencuri Kereta

gambar hiasan
KLANG – Selepas menyamun sebuah kereta, seorang lelaki sanggup melanggar pemilik kenderaan itu menyebabkan wanita itu mati akibat kecederaan teruk dalam kejadian di depan rumahnya di Jalan Kapar di sini, malam tadi.
Teoh Moy Lay, 52, yang bekerja di syarikat kredit dan kereta terpakai, turut diseret sejauh kira-kira 54.8 meter dari lokasi kejadian di Jalan Kangar 92, Jalan Kapar.
Lebih menyayat hati, kejadian jam 7.15 malam itu berlaku di hadapan suami dan anak mangsa.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Supt Mohamad Shukor Sulong, berkata dua lelaki yang menaiki sebuah kereta dipercayai mengekori Teoh sehingga di depan rumahnya sebelum seorang daripada mereka bertindak masuk ke dalam kereta wanita itu dan mengundurkan kenderaan berkenaan untuk dilarikan.
“Mangsa yang cuba menghalang keretanya dari bahagian depan kemudian dilanggar oleh suspek itu sebelum dia diheret sejauh 54.8 meter dari lokasi kejadian.
“Suami mangsa yang terdengar jeritan wanita itu kemudian keluar dari rumah dan cuba mengejar kereta jenis Toyota Altis berwarna perak dengan nombor pendaftaran BKV 3882 tetapi gagal,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata Teoh, yang mengalami kecederaan teruk, meninggal dunia kira-kira jam 8.20 malam ketika dibawa ke Hospital Seri Kota di sini oleh suaminya.
Mohamad Shukor berkata, gerakan mencari suspek masih dijalankan dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi balai polis berhampiran.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian, katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Connect With Advertisers - Sign up for SocialSpark! Set Your Price. Choose your Advertisers. Sign up for SocialSpark! You blog. You Profit. Sign up for SocialSpark! Set Your Price. Choose your Advertisers. Sign up for SocialSpark!
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms