Set Your Price. Choose your Advertisers. Sign up for SocialSpark!

Friday, October 14, 2011

Rumah tangga Zaquan Adha dan Ayu Raudhah berantakan?

ayu raudhah

Semalam, heboh desas-desus yang mengatakan hubungan rumah tangga aktres bersama seorang atlet dikatakan sedang berantakan bagaikan retak menanti belah. Dan tentunya, ramai yang membayangkan bahawa ia ditujukan kepada aktres Ayu Raudhah bersama suaminya, iaitu pemain bola sepak Zaquan Adha. MH Online menghubungi pelakon cantik itu perihal kisah yang digembar-gemburkan. Ternyata, Ayu menafikan hal tersebut. Katanya lagi;

“Saya tak tahu-menahu pun mengenai gosip berkenaan(kes rumah tangga). Terkejut juga bila dengar. Entahlah, orang senang-senang cakap mengenai rumah tangga kami. Kami masih bahagia bersama. Saya tak sukalah bila ada orang cakap perkara yang bukan-bukan, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan soal rumah tangga dan perkahwinan,”ujar Ayu.

Ayu Rauddah yang juga adik kepada aktres sensasi Rozita Che Wan mendirikan rumah tangga bersama Zaquan Adha pada 20 Januari 2011 lalu.

Credit : MediaHiburan

0 comments:

Post a Comment

Connect With Advertisers - Sign up for SocialSpark! Set Your Price. Choose your Advertisers. Sign up for SocialSpark! You blog. You Profit. Sign up for SocialSpark! Set Your Price. Choose your Advertisers. Sign up for SocialSpark!
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms