Set Your Price. Choose your Advertisers. Sign up for SocialSpark!

Friday, October 14, 2011

LIVE STREAMING KELANTAN VS TERENGGANU PIALA MALAYSIA 2011



PERLAWANAN SUKU AKHIR KEDUA KELANTAN VS TERENGGANU 14 OKTOBER 2011
KEKALAHAN 1-3 kepada Terengganu dalam aksi suku akhir pertama Piala Malaysia, Isnin lalu dilihat seakan-akan menutup peluang Kelantan untuk mempertahankan kejuaraan yang diraih pada musim lalu, lapor YATIMIN ABDULLAH.
Ketinggalan dua jaringan, The Red Warriors dilihat berdepan ujian getir untuk mengatasi lawan mereka itu bagi menjamin tempat ke pusingan separuh akhir.
Namun, jurulatih Kelantan, Datuk M. Karathu tetap tenang dengan situasi tersebut dan opti- mis The Red Warriors mampu melakar kejutan dalam pertemuan kedua di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam ini.
“Kita mesti menang dengan kelebihan dua gol dalam perlawanan malam esok (malam ini). Walaupun ia tampak sukar, namun saya percaya kita mampu melakukannya.
“Berdasarkan kemampuan yang ada pada pemain, saya percaya misi tersebut mampu dilaksanakan dan kita telah memperkemaskan barisan pemain terbaik untuk menghadapi perlawanan suku akhir kedua ini,” katanya di Kota Bharu semalam.
Tambahnya, meskipun perlu mendapatkan dua jaringan bagi merapatkan jurang gol, namun beliau tetap memberikan tumpuan untuk memperkemaskan barisan pertahanan untuk mengelakkan dari dibolosi pasukan pelawat.
Karathu memberitahu, perlawanan masih berbaki 90 minit yang akan menentukan pasukan manakah layak untuk ke pusingan seterusnya.
“Kami akan gunakan setiap peluang yang ada untuk memusnahkan gawang lawan. kami perlu mencari gol awal.
“Selain itu, saya mengingatkan para pemain agar memberikan tumpuan sepenuhnya pada perlawanan tersebut dan tidak terpengaruh dengan corak permainan pasukan lawan,” ujarnya.
Mengulas lanjut ketiadaan tiga tonggak utamanya iaitu Mohd. Daudsu Jamaluddin, Muhammad Abdul Aziz Ismail dan Mohd. Shakir Shaari yang digantung akibat kesalahan kad merah, Karathu berkata:
“Saya sudah mendapat bayangan siapakah yang akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh pemain tersebut. Kita ada banyak pilihan dan kesemua pemain ini sudah bersedia.”
Untuk menyaksikan secara live di internet sila layari link pautan di bawah
KELANTAN LAWAN TERENGGANU SUKU AKHIR KEDUA PIALA MALAYSIA 14/10/2011

0 comments:

Post a Comment

Connect With Advertisers - Sign up for SocialSpark! Set Your Price. Choose your Advertisers. Sign up for SocialSpark! You blog. You Profit. Sign up for SocialSpark! Set Your Price. Choose your Advertisers. Sign up for SocialSpark!
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms