Set Your Price. Choose your Advertisers. Sign up for SocialSpark!

Tuesday, October 11, 2011

Miera Liyana & Shahz Jaszle bakal bertunang akhir tahun ini

Ahad lalu ketika anda semua enak melayani hujung minggu, Harian Metro ada melaporkan desas desus yang mengatakan pasangan muda Miera Liyana & Shahz Jaszle bakal bertunang.

Bercakap kepada wartawan kami, Miera Liyana yang sedang menjalani penggambaran sebuah telemovie baru mengesahkan berita yang di’sampaikan itu.

Namun, beliau sendiri tidak pasti bilakah Shahz Jaszle akan melaksanakan niat beliau itu walaupun sudah menyatakan niat murni itu kepada Miera Liyana.

Shahz Jaszle yang turut berlakon dalam telemovie tersebut bersama Miera Liyana turut mengesahkan niat beliau namun menyerah segalanya kepada takdir & ketentuan.

Sementelah kami bersembang dengan Shahz Jaszle, terpacul dari mulut jejaka ini yang beliau merancang untuk mengambil kursus pendek dalam bidang perfileman di Australia.

Jika tiada aral melintang, aktor yang sering di’kaitkan dengan jelitawan ini akan terbang ke Australia bulan hadapan demi memantapkan pengetahuan dalam ilmu perfileman & lakonan.

Pasangan ini sepakat untuk merealisasikan majlis pertunangan mereka sebelum akhir tahun jika ada rezeki kerana menurut Miera Liyana, walaupun umur beliau masih 18 tahun, beliau sudah bersedia untuk memberikan komitmen penuh.

0 comments:

Post a Comment

Connect With Advertisers - Sign up for SocialSpark! Set Your Price. Choose your Advertisers. Sign up for SocialSpark! You blog. You Profit. Sign up for SocialSpark! Set Your Price. Choose your Advertisers. Sign up for SocialSpark!
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms