Set Your Price. Choose your Advertisers. Sign up for SocialSpark!

Saturday, October 8, 2011

Konsep Pop Rock Untuk Album Baru Mawi

images11 Konsep Pop Rock Untuk Album Baru Mawi
KUALA LUMPUR: Penyanyi Asmawi Ani atau Mawi kini sedang sibuk mengumpul bahan untuk album terbarunya yang dijangka dapat disiapkan hujung tahun ini.
Kata Mawi, dia memilih genre pop rock untuk album tersebut sebagai percubaan memenuhi permintaan pasaran pendengar.
“Single terbaru saya mungkin akan keluar pada Disember ini. Memang untuk kali ini saya memilih untuk tampil dengan genre pop rock, namun begitu saya mengekalkan elemen Nusantara yang sememangnya sebati dengan jiwa saya.
“Setakat ini ada tiga buah lagu termasuk daripada M.Nasir dan sebuah lagu daripada komposer baru,” katanya.
Ketika ditanya tentang populariti yang semakin merudum, kata Mawi dia kini memperlahankan sedikit aktiviti seni untuk memberi tumpuan yang lebih kepada isteri, Ekin yang kini sedang hamil empat bulan.
“Saya menghabiskan masa mengumpul bahan untuk album dan memenuhi undangan-undangan nyanyian selain menguruskan syarikat produksi saya.
“Sekarang belum ada apa-apa projek baru memandangkan saya perlu beri perhatian kepada isteri, Insya-Allah semua projek akan bermula tahun depan,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Connect With Advertisers - Sign up for SocialSpark! Set Your Price. Choose your Advertisers. Sign up for SocialSpark! You blog. You Profit. Sign up for SocialSpark! Set Your Price. Choose your Advertisers. Sign up for SocialSpark!
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms