Set Your Price. Choose your Advertisers. Sign up for SocialSpark!

Monday, October 10, 2011

Mamat Tak Boleh Terima Perpisahan Dengan Fida

KUALA LUMPUR: Anggota kumpulan lawak Sepah, yang kini sudah berpecah, Mohd Noor Murad atau Mamat, 26, akur dengan keputusan kekasihnya juga seorang pelakon Fida Ibrahim (Fida), 25, mahu memutuskan hubungan mereka, namun menegaskan biar dilakukan dengan cara baik.
Pasangan ini mula menjalinkan hubungan cinta selepas Sepah muncul juara pertandingan realiti Maharaja Lawak disiarkan Astro, dan mereka muncul bersama sewaktu majlis rumah terbuka dilakukan rancangan hiburan Melodi, Ramadan lalu.
Waktu sama Mamat baru saja memutuskan hubungannya dengan penyanyi utama kumpulan Butterfly, Adda.
Mamat ketika ditemui di majlis pelancaran filem Sepah di sini semalam, berkata dia tidak tahu mengenai keputusan dibuat Fida yang menyatakan hubungan mereka sudah putus menerusi media, sebaliknya mengetahui melalui ibunya sendiri.
“Ibu ada menghubungi saya selepas membaca akhbar dan menonton Melodi, dan meminta saya bersabar dengan ujian ini.
Saya akur, sekiranya itu yang terbaik bagi kami, saya terima. Saya menganggap ia sebagai satu hukuman atas kesalahan yang tidak saya rancang. Saya sendiri tidak suka berada dalam situasi di mana bertepuk sebelah tangan,” katanya.
Masalah antara dia dan Fida kata Mamat, seharusnya diselesaikan cara baik dan bukan mengambil keputusan tanpa berbincang.
“Saya beberapa kali menghubunginya bagi menyelesaikan masalah tetapi Fida menerusi pengurusnya, memberitahu saya boleh berhubung dengannya menerusi SMS. Itu bukan caranya.
“Saya mahu bersemuka, duduk berbincang dan membuat keputusan dengan cara yang betul. Sewaktu berkenalan dulu saya membawanya bertemu dengan ibu dan keluarga saya. Tapi sekarang apabila putus mengapa begini pula caranya,” katanya lagi.
Ditanya adakah dia masih menyayangi Fida, tanpa berselindung Mamat berkata kalau dia tidak mengasihi pelakon itu sudah tentu dia membalas setiap kenyataan diberikan untuk memburukkan kekasihnya itu.
“Kerana mencintai dirinya saya membuat keputusan mendiamkan diri. Bayangkan tidak mungkin saya sengaja mahu menyakiti hati orang yang saya sayang. Jujur saya tidak tidak sengaja meletakkan gambarnya yang menampakkan rambutnya,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Connect With Advertisers - Sign up for SocialSpark! Set Your Price. Choose your Advertisers. Sign up for SocialSpark! You blog. You Profit. Sign up for SocialSpark! Set Your Price. Choose your Advertisers. Sign up for SocialSpark!
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms