Set Your Price. Choose your Advertisers. Sign up for SocialSpark!

Sunday, October 9, 2011

Nota kepada Fara Fauzana dan pengguna laman sosial

Artikel dari KenaHack.com




Salam sejahtera , salam jumaat . KH mengucapkan takziah kepada DJ Radio Fara Fauzana ( Hotfm ) diatas pencerobohan yang terjadi kpd laman sosialnya. Pencerobohan kali ini merupakan satu tragedi yang ngeri berbanding yang sebelumnya kerana maklumat peribadi telah disebarkan.




Jika sebelum ini KH ada menulis bagaimana Jack Sparrow Rilekscrew menceroboh laman sosial AG HotFM , mungkin masih ramai yang belum mengambil iktibar. Suka KH katakan , semakin popular seseorang itu , maka risiko untuk menjadi mangsa godaman ialah tinggi. Ini kerana aktiviti pencerobohan oleh "budak nakal" ini dilakukan untuk populariti disamping menyampaikan mesej akan perihal kepentingan keselamatan alam siber. 

KH difahamkan semua pencerobohan laman sosial ini dimulakan dengan perampasan akaun emel seterusnya melakukan pemeriksaan akaun lain yang menggunakan akaun itu. Jika akaun emel yang diceroboh menjadi akaun altenate emel lain yang lebih penting ianya turut menjurus kpd pencerobohan yang lebih serius. Kebanyakkan maklumat "orang penting" boleh dicari dengan mudah , JADI JANGANLAH MENGGUNAKAN SOALAN RESET YANG JAWAPANNYA SANGAT UMUM ! . Contohnya tarikh lahir , tempat lahir , nama ibu , nama bapa dll , ianya begitu berisiko!


KH bukan nak membela sesiapa atau menyalahkan sesiapa , KH harap hal ini diambil berat supaya tiada lagi pencerobohan laman sosial yang merugikan mangsa sendiri. Biarlah tiada aktiviti godaman ( hacking ) sehinggakan KH tidak tahu nak menulis artikel apa , ianya lebih baik kerana itulah matlamat utama KH dicipta. Tutorial hacking sering kali ditulis bagi menyebarkan maklumat bagaimana ianya dilakukan , jadi KH harap pembaca tutorial itu bukan lah pemangsa , tetapi bakal mangsa yang berusaha menyelamatkan dirinya.


Sekali lagi KH harap pihak HotFM dan semua manusia yang membaca artikel ini dapat menjaga keselamatan maklumat mereka dialam siber. 


0 comments:

Post a Comment

Connect With Advertisers - Sign up for SocialSpark! Set Your Price. Choose your Advertisers. Sign up for SocialSpark! You blog. You Profit. Sign up for SocialSpark! Set Your Price. Choose your Advertisers. Sign up for SocialSpark!
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms