Set Your Price. Choose your Advertisers. Sign up for SocialSpark!

Sunday, October 9, 2011

Peminat Angry Birds Malaysia Cipta Rekod Dunia !


Jenama telekomunikasi terkenal, Nokia bersama peminat permainan Angry Birds di Malaysia berjaya mencipta rekod dunia baru dalam buku Guinness World Records untuk “jumlah pemain teramai bermain permainan telefon bimbit berganti-ganti”

The Guinness Book of World Records, badan global yang melakukan pengiktirafan untuk rekod membuat pengesahan kepada cubaan yang dilakukan oleh Nokia untuk memecahkan rekod dunia bagi kategori “Most People Playing in a Mobile Phone Game Relay” di Boulevard Strip, Low Yat Plaza, Kuala Lumpur.
Selama 10 jam bermula pukul 11 pagi hari Sabtu, pemain terakhir, Mohd Reza merupakan pemain ke 2030 bermain permainan Angry Birds di telefon bimbit Nokia N8 sekaligus mencipta rekod dunia yang baru. Naib Presiden Pembangunan Franchis ROVIO, Ville Heijari yang mewakili syarikat pembangun permainan Angry Birds turut menyaksikan kejayaan tersebut. Sijil Guinness World Records disampaikan kepada Antony Wilson, Ketua Pegawai Pemasaran Nokia, Singapura, Malaysia & Brunei.
Bercakap mengenai rekod baru tersebut, Antony Wilson selaku Ketua Bahagian Pemasaran Nokia, Singapura, Malaysia dan Brunei berkata “Kami cukup teruja apabila penglibatan Nokia Malaysia dimasukkan dalam buku Guinness World Record. Kami berbangga kerana telah menghubungkan 2030 peserta dan berharap mereka gembira setelah menghabiskan masa mereka terlibat dalam acara ini.”

Menggunakan platform Angry Birds yang kini cukup popular di seluruh dunia, objektif utama Nokia dalam menganjurkan acara ini adalah untuk menghubungkan manusia; menggalakkan mereka untuk berinteraksi antara satu sama lain menerusi pengalaman social dalam permainan. 
Sabtu lalu, The Boulevard Strip di Low Yat Plaza bertukar menjadi Angry Birds Playground dengan pelbagai aktiviti antaranya terjunan bungee, flashmob Angry Birds, kiosk permainan, penglibatan maskot Angry Birds dan pelbagai aktiviti lain.

Permainan Angry Birds boleh diperolehi menerusi peranti telefon bimbit Nokia sejak Oktober 2010 menerusi Nokia Ovi Store. Sejak diperkenalkan, Nokia berkerjasama dengan Rovia dalam mewujudkan “Angry Birds Free with Magic”, permainan yang menggunakan teknologi Near Field Communication (NFC).

0 comments:

Post a Comment

Connect With Advertisers - Sign up for SocialSpark! Set Your Price. Choose your Advertisers. Sign up for SocialSpark! You blog. You Profit. Sign up for SocialSpark! Set Your Price. Choose your Advertisers. Sign up for SocialSpark!
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms