Set Your Price. Choose your Advertisers. Sign up for SocialSpark!

Monday, October 10, 2011

perhimpunan membantah isu percubaan memurtadkan umat Islam

IKLAN: KUALA LUMPUR: Satu perhimpunan dinamakan Himpunan Sejuta Umat (Himpun), anjuran pertubuhan dan badan bukan kerajaan (NGO) akan diadakan sebagai membantah isu percubaan memurtadkan umat Islam oleh pihak tertentu di negara ini.

Simbolik kepada acara itu ialah perhimpunan berskala besar lebih 1,000 NGO yang mewakili umat Islam bertempat di Stadium Shah Alam, dijadualkan 22 Oktober ini.

Pengerusi Himpun, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, program itu satu usaha untuk menzahirkan suara dan pendirian umat Islam di negara ini selepas beberapa siri percubaan memurtadkan umat Islam diadakan secara agresif dan terbuka sebelum ini.

Katanya, usaha Kristianisasi di kalangan orang Islam yang lemah dan terdedah dengan dakyah berkenaan semakin berleluasa tanpa sebarang bantahan dan sekatan daripada umat Islam.

“Mubaligh Kristian bebas memberi khidmat sosial kepada pesakit kronik di hospital, menganjurkan kelas tuisyen untuk anak orang Islam yang diwarnai ajaran agama mereka selain menyebarkan risalah secara terbuka di tempat awam,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Hadir sama, pengerusi bersama Himpun, Dr Yusri Mohamad dan beberapa pemimpin NGO Islam.

Mohd Azmi berkata, Himpun juga berasa terpanggil untuk menganjurkan program berkenaan kerana mengambil kira kurangnya kesatuan suara dan kejelasan sikap berhubung soal ancaman akidah umat Islam yang berpunca daripada fahaman politik dan puak.

0 comments:

Post a Comment

Connect With Advertisers - Sign up for SocialSpark! Set Your Price. Choose your Advertisers. Sign up for SocialSpark! You blog. You Profit. Sign up for SocialSpark! Set Your Price. Choose your Advertisers. Sign up for SocialSpark!
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms