Set Your Price. Choose your Advertisers. Sign up for SocialSpark!

Monday, October 10, 2011

Sanggup mencuri kerana ketagih tengok DVD lucah

EAST BETHEL, (Minnesota): Seorang wanita berusia 18 tahun mengaku memecah masuk rumah jirannya sebanyak tiga kali untuk mencuri dan mencari barang yang boleh dijual untuk memuaskan ketagihan pornonya.

Sherif di Anoka berkata, jirannya membuat laporan polis kerana mempunyai rakaman video menunjukkan Amanda Rose Owens menyelinap masuk ke rumahnya melalui lubang anjing di pintu belakang.

Jirannya itu memasang kamera litar tertutup di rumahnya apabila wang tunai AS$300 (RM947) dan barang lain kepunyaannya, dicuri.

Pegawai penyiasat berkata, Owens mengaku mencuri masuk ke rumah jirannya itu sebanyak tiga kali.

Katanya, dia mencuri masuk kerana dia memerlukan wang untuk membeli 20 hingga 30 DVD pornografi.

Sehingga semalam, tidak dapat dipastikan sama ada dia mempunyai peguam untuk membelanya di mahkamah.

0 comments:

Post a Comment

Connect With Advertisers - Sign up for SocialSpark! Set Your Price. Choose your Advertisers. Sign up for SocialSpark! You blog. You Profit. Sign up for SocialSpark! Set Your Price. Choose your Advertisers. Sign up for SocialSpark!
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms